THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Buat Tatapan ..

Assalamualaikum wbt sahabat2...

1. Blog ini masih dalam usaha pembaikan dan saya pula dlm proses belajar untuk memperbaiki apa yg kurang..untuk tatapan diri saya dan tatapan sahabat2...

2. Blog ini sekadar luahan pendapat , fikiran dan perkongsian ilmu dengan sahabat2...

3. Jika terdapat sebarang cacat cela dalam blog ini... Harapan ku agar kiranya sahabat2ku dapat menegur dan dan memberi komen yang membina....

4. InsyaAllah saya dalam usaha memperbaiki diri...

Tuesday, June 9, 2009

Kebebasan














Bayu menghembus
Bintang mengamit
Bulan menyinar

Bahasa alam bersatu dalam perasaanku
Nikmat hidup menyapa daku

Aku ingin mengembara
Aku ingin meliliti
Aku ingin menyelam
Aku ingin terbang

Menyusuri teluk liku diriku...
Setiap detik yang merangkak lalu
Aku membilang manik-manik kerinduan ku..

Pada kebebasan
Pada kedamaian
Pada ketenangan

Kurenungi kemurnian sebuah kehidupan
Yang tiada nokhtah dalam perjalanannya...

~ 01 may 2009~
10.30 am

Monday, June 8, 2009

Rindu Itu Milikku

















Rindu itu adalah milikku
Rindu itu adalah himpunan kasihku
Menyemarak rasa bening cintaku
Membawa igauan malamku padamu..

Rindu itu adalah milikku..
Disini yang tiada pamitannya
Disini yang tiada akhirnya
Betapa kesetiaanku tidak akan merubah segalanya
Hanya padamu pemburu kasihku...

Rindu itu adalah milikku
Ketika aku mabuk berlagu
Ketika aku dilanda sendu
Dari kehangatan melata kelabu
Dan kedalaman rindu yang tidak terselam olehku
Kerana rindu ku tetap padamu...

~ 09 June 2009~

11.00 pm

Pabila Puisi Ku Berlagu


Jika aku sudah berlagu...,

Maka aku akan tenggelam di dalam amukkannya,

Jika aku sudah menari..

Maka aku hanyut di dalam pelukkannya..

Jika aku sudah terbang..

Maka aku akan leka dengan keasyikkannya...

Maka itulah Aku...

Aku..yang mudah tenggelam dalam segala rasa,

Hanya rimbunan kepasrahan,

Meneduh tasik kasih,

Berpagar mawar menyerak...

Harum diserambi jiwa...

Dan jika aku sudah tenggelam,

Akan aku rungkaikan rantaian yang mengikat diriku,

Agar aku tidak terus hanyut

Dan lemas di dalam gelombangnya

~20 May 2009~10.00 pm

Popular Posts

Setitis Tinta Selaut Madah Mencoret Rasa

Sahabat Itu Satu Anugerah